TENTANG KAMI

de’Laman Event Specialist

 de’Laman Beroperasi sejak Disember 2016 yang lalu dan ia menyediakan tempat untuk pelbagai jenis majlis dan acara seperti Majlis Perkahwinan, Petunangan, Pernikahan, Perlancaran produk, Majlis Hari jadi, Seminar, Pertunjukkan Fesyen, Majlis Korporat, Majlis Akikah dan banyak lagi. Bertempat di No 11 Jalan Riyal U3/37 Ipar3 Bukit Jelutong Shah Alam 40150 Selangor Darul Ehsan yang berkeluasan 6500 kaki persegi dan merupakan sebuah bangunan tiga (3) tingkat, bersiling tinggi, Menyediakan pelbagai kemudahan seperti Ruang Dewan berhawa dingin, perkhidmatan katerer, surau, ruang istirehat, PA system, skrin, projector, kanopy, pelamin dan banyak lagi. Boleh menampung seramai 1000 orang tetamu di dalam dan luar dewan, Menyediakan tempat letak kereta di sekeliling kawasan de’Laman.

Visi Kami

Ia adalah Wawasan de’Laman Event Space untuk menjadi peneraju pasaran dalam bidang pengurusan Majlis dan Penyediaan Tempat dengan membina hubungan jangka masa panjang bersama pelanggan-pelanggan kami dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan pakej yang ditawarkan.

Misi Kami

Misi de’Laman Event Space adalah untuk terus berusaha di dalam mencapai matlamat yang jelas iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, menjaga kualiti Perkhidmatan dan Makanan, serta menjaga prestasi yang baik di pasaran. Team de’Laman Event Space akan berpegang teguh kepada berkelakuan moral dan menjaga etika untuk mencapai wawasan.

Tujuan Kami

Untuk mencapai keuntungan yang terbaik kepada pemegang sahamnya sambil menyediakan platform untuk pekerja-pekerjanya untuk terus berkembang dan maju. Kami mengutamakan Pelanggan dan Vendor yang berkelakuan jujur, amanah dan setia, serta boleh bertolak ansur. Sesiapa yang datang di de’Laman Event Space akan dilayan dengan bermaruah, profesionalisme dan integriti. de’Laman Event Space amat berdedikasi dan tenaga kerja profesional yang sentiasa bersedia untuk melayani keperluan pelanggan dan juga rakan kongsi perniagaannya, serta menjaga kebajikan pekerja.